Search This Blog

Friday 29 July 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014 : Harimau Malaya tenggelam di laman sendiri.

KECEWA. Begitulah perkataan yang menggambarkan kesedihan kepada hampir 90,000 lautan penyokong di Stadium Bukit Jalil. Lebih memilukan, terkandasnya Malaysia dengan agregat 6-4 setelah hanya mampu seri 1-1 nyata terlalu berat untuk diterima para penyokong yang hadir. Reaksi para peminat terlalu hampa selepas memenuhi segala pelosok ruang stadium. Satu suasana yang jarang berlaku kepada era bolasepak tanah air untuk tempoh lebih sedekad.

 Buat julung-julung kalinya SNBJ dipenuhi lautan penyokong Malaysia.

Nyata, skuad Negara bermain dalam keadaan tertekan untuk mencari 2 gol awal apabila gagal untuk menguasai bahagian tengah sejak permainan dimulakan. Kekosongan yang ditinggalkan oleh Kapten Safiq Rahim nyata terlalu sukar untuk diisi oleh Ismail Faruqi apabila walaupun diberi kepercayaan sepenuhnya oleh Rajagobal sehingga beliau mengalami kecederaan, faktor pengalaman dan keserasian menyukarkan Ismail.

Ismail Faruqi cuba memberi yang termampu namun kekurangan pengalaman & tekanan diletakkan menenggelamkan permainan beliau.

Di satu sudut lain, barisan pertahanan nyata goyah. Dengan menurunkan Aidil Zafuan yang masih kurang cergas dan sembuh sepenuhnya ternyata satu kesilapan apabila Malaysia terpaksa menggadaikan satu pertukaran awal dengan memasukkan Muslim Ahmad. Mujurlah ketangkasan Khairul Fahmi menafikan segala cubaan yang Penulis secara peribadi merasakan jika GK lain, sudah tentu jaringan akan dihasilkan.

Khairul Fahmi dijangka akan terus mengemudi benteng terakhir skuad Negara di kelayakan Olimpik

Rata-rata cemuhan dan kritikan berlebihan dilontarkan di Facebook Kafe Sukan termasuk mencadangkan Rajagobal meletak jawatan bukanlah kerana tidak menghargai usaha beliau, tetapi lebih kepada pilihan pemain yang beraksi dalam perlawanan menentang Singapura baik di 1st leg dan juga di 2nd leg.

 Benarkah Rajagobal mempunyai 'Anak Emas' yang tersendiri?

Dalam perlawanan semalam, nyata ribuan peminat dan pemerhati bolasepak kecewa apabila 2 pertukaran yang dibuat pada pertengahan separuh masa kedua tidak memasukkan pemain yang dikatakan proven goalscorer atau can speed up the tempo. Ashaari Samsuddin dan Baddrol Bakhtiar, nama yang cukup besar di Liga Super tetapi tidak cukup bagus dalam pemerhatian Rajagobal. Sebaliknya, beliau tetap berdegil dengan memasukkan K.Gurusamy dan Ahmad Fakri Sharani.

 Baddrol Bakhtiar antara pemain yang dicadangkan oleh Peminat selain Ashaari Samsuddin

Dan seperti yang dijangka, kemasukan 2 para pemain tersebut tidak menyumbang sebarang kerancakan atau membuka peluang serangan malah Malaysia akhirnya menamatkan perlawanan dengan 10 pemain setelah Ahmad Fakri dilayangkan kad merah di minit akhir permainan.

 Kemasukan Ahmad Fakri dilihat sebagai 'totally gamble'.

Penulis amat berharap untuk mendapatkan penjelasan K.Rajagobal mengenai pilihan pemain yang diletakkan. Dan Penulis pasti para peminat skuad Negara juga pasti berasakan begitu. Menjadi harapan jika boleh Pengacara Rizal Hashim (Dengan Izin), Zainal Abidin Rawop (Formasi) dan juga Akhbar Sahari (Kafe Sukan) dapat mendapatkan penjelasan secara direct to the point dari mulut K.Rajagobal.

 "Dengan Izin, kami mulakan..Datuk memasukkan pemain..."

Apapun, terima kasih kepada para pemain yang mencuba sebaik mungkin berdasarkan kemampuan yang ada. Juga kepada Datuk K.Rajagobal yang Berjaya membimbing skuad Negara sehingga ke tahap seperti ini. Buat para penyokong diharap dapat terus memberi sokongan moral termasuklah menggalakkan golongan anak-anak mula menyepak bola. Jika benar kalian juga serius untuk melihat Malaysia ke World Cup, bantulah Negara dengan melahirkan lebih ramai pemain berbakat supaya pasukan Negara mempunyai a full set of talent.

Malaysian Wonderkid?
Name: Wan Kuzain Wan Kamal
Date of Birth: September 14, 1998

No comments:

Post a Comment