Begitu sajalah tahap pemikiran Ahli FAM yang mentadbir bolasepak di negara kita.
Budak sekolah pun tahu, Safee Sali tu tak lepas untuk sign kontrak kelab Cardiff City sebab work permit.
Work permit nie syarat nak dapat ialah pemain tu perlu datang dari ranking 80 terbaik..
Kalau lah Malaysia ni ranking di tangga 79 dunia, dah kompem pemain berbakat seperti Nazmi Faiz, Safee Sali, Norshahrul Idlan, Khairul Fahmi berpeluang cari nasib di kelab luar negara. Silap haribulan, mereka sign kontrak gaji puluhan ribu pound seminggu macam player EPL tu.
Tak ke mende macam tu menyebabkan sukan bola ni menjadi kerjaya yang hebat? Imagine gaji Carlos Tevez tu (250,000 pound seminggu) dapat kat player Malaysia, tak ke jadi hartawan mengalahkan jutawan Malaysia??
Itu dari segi duit, dari segi kualiti permainan secara tidak langsung pemain yang bermain di Liga paling kompetitif ini akan dapat improve lagi..
Takkan menda macam ni FAM x boleh nampak.
Lihat Jepun & Korea, suatu ketika dahulu siapalah mereka..Namun mereka bangkit dengan pelan dan struktur pembangunan Liga yang hebat. Kini, penonton Liga J adalah antara paling ramai peminat..Stadium mereka sentiasa penuh.
Liga J sentiasa dipenuhi peminat-peminat fanatik kelab..
Nampaknya kita akan tetap kekal begini sajalah sampai sudah...
Kepulangan pemain import ke kancah liga bola sepak tempatan menimbulkan rasa yang bercampur baur dari kalangan peminat sukan di tanah air. Ada yang mengatakan kehadiran pemain import dapat meningkatkan kualiti di Liga Malaysia, namun ada juga yang tidak bersetuju sambil menyatakan kehadiran mereka (awang import) ini akan membantutkan perkembangan pasukan kebangsaan.
Walaubagaimanapun pendapat kita, hakikatnya hampir keseluruhan Liga di dunia membuka peluang kepada pemain negara luar untuk memeriahkan lagi Liga di negara mereka. Hakikatnya, "FOOTBALL IS BUSINESS". Jika kita faham perkara ini, tentunya kita dapat mengagak mengapa England tetap tidak mengubah apa-apa peraturan dalam Liga mereka. Umum mengetahui Liga England adalah liga paling bertaraf tinggi tetapi pencapaian pasukan England tidaklah semegah liga mereka.
Barclays Premier League menjadi liga paling diminati pemain & peminat bolasepak dunia.
Justeru, dari suatu sudut sementara FAM telah kembali untuk membenarkan import digunapakai. Kita harapkan juga perkembangan skuad bolasepak kebangsaan tidak terencat. Jika dilihat kepada formula setiap pasukan kini, dapat dilihat pemain import pada kebiasaannya akan mengisi posisi paling penting iaitu 'Striker' dan 'Midfield Playmaker'.
Trend sebeginilah yang dijangka menggugat Skuad Malaysia. Baik Dato' K.Rajagobal dan Ong Kim Swee mereka amat memerlukan Striker dan Midfielder yang dapat merencana pasukan negara. Pada masa kini, Striker yang benar-benar dianggap berbisa adalah Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha.
Safee dan Norshahrul dianggap Striker berbisa Malaysia pada masa kini
Jika diimbas kembali pada tahun 2008 iaitu kali terakhir FAM membenarkan pemain import beraksi, Marlon Alex James (Kedah) mendahului senarai dengan 23 gol, Carlos Caceres (Perak, 17), Frank Seator (Selangor, 15) dan Walter Ariel Silva (Johor FC, 14).
Marlon Alex - dulu Kedah, kini bersama ATM
Menduduki senarai di tempat kelima ialah penyerang Perak, Mohd Khalid Jamlus yang menyumbat 13 gol untuk berkongsi tempat dengan penyerang import Perlis, Phillimon Chipeta.
Perkara sama juga berlaku sebelum ini iaitu pada musim 2006/2007 yang dikuasai oleh Keita Mandjou (Perak, 21), 2005/2006 - Keita Mandjou (Perak, 17) dan 2005-Julio Cesar Rodrigues (Sabah, 18) dan Zacharia Simukonda (Perlis, 18).
Bagaimanapun, musim 2004 menyaksikan Indra Putra Mahayuddin yang ketika itu mewakili Pahang menjadi pemenang kasut emas dengan 15 jaringan.
Indra Putra - kembali ke pangkuan Kelantan untuk tahun 2012.
SENARAI PEMENANG KASUT EMAS LIGA MALAYSIA (2000 - 2011)
Merujuk kepada saingan Liga Super dan Liga Perdana 2012, pemain import paling menyerlah tentunya Emmanuel Effa Owona (Negeri Sembilan) yang telah menyumbat 4 gol (masing-masing 2 gol ketika menentang Kelantan dan Selangor).
Effa Owona - Pamer 'taring' sebenar di Liga Super.
Manakala bagi posisi di Midfield Playmaker, ternyata Malaysia masih jauh untuk menjumpai pemain yang benar-benar dapat menjadi nadi pasukan. Jika kriteria muda dan boleh digilap diambilkira, maka pemain sensasi yang menjadi sebutan tentunya terarah kepada Nazmi Faiz Mansor. Para peminat turut membandingkan beliau dengan Xavi Hernandez (Playmaker Sepanyol dan Barcelona) versi Malaysia.
Nazmi Faiz - Young & talented Midfielder
Namun, masih banyak yang perlu dipelajari Nazmi dari aspek untuk Malaysia benar-benar boleh bergantung harap kepada beliau suatu hari kelak. Diharapkan juga Malaysia dapat melahirkan lebih ramai pemain berbakat. Sememangnya usaha menyeluruh dari sekolah, akademi, universiti dan persatuan negeri amatlah ditagih jika kita benar-benar serius mahu memajukan bolasepak di negara kita.
Playmaker seperti Xavi Hernandez adalah kunci utama kejayaan sesebuah pasukan.
Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan, Dato' K.Rajagobal membuat kejutan paling ketara dengan menggugurkan deretan pemain skuad kebangsaan yang dipilih menentang Singapura pada Kelayakan Piala Dunia yang lalu.
Paling ketara pastinya ketiadaan kapten negara Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal dan Abd Hadi Yahya. Pemain lain yang turut digugurkan termasuk Ashaari Samsuddin, Shakir Shaari, Rizal Fahmi, Helmi Rameli, Sharbinee Allawee, Azmi Muslim, Fakri Sharani dan Ismail Faruqi.
Safiq Rahim - Prestasi menurun dalam perlawanan Piala Malaysia 2011.
Antara muka-muka lama yang dipanggil semula termasuk Khyril Muhymeen yang kini prestasinya meningkat sejak pulih dari kecederaan, selain pemain lain seperti Norhafiz Zamani, Farizal Marlias dan arkitek Terengganu, Josep Kalang Tie.
Khyril Muhymeen - Prestasinya meningkat dalam kempen Piala Malaysia 2011.
Paling mengejutkan tentunya dengan tersenarainya kapten skuad Universiti negara di Kejohanan Universidad lalu iaitu K.Rubben (UKM) disusuli pemain Kuala Lumpur seperti Shaharom Kalam, Norazlan Razali dan Yong Kuong Yong.
K. Rubben - Kapten Skuad Bolasepak Universiti (Malaysia)
Terus terang Penulis sebenarnya tidak nampak skuad yang dipilih kali ini membuktikan Rajagobal telah belajar sesuatu dari kemarahan peminat semasa tewas menentang Singapura. Sekali lagi Penulis amat pasti tentu ramai mempertikaikan keputusan coach Raja yang dilihat benar-benar menidakkan terus kemampuan pemain yang sebenarnya mampu mengubah corak permainan skuad negara.
Mungkin Penulis telah menyatakan dalam post yang terdahulu mengenai pemain yang tidak dipandang Rajagobal tetapi sumbangannya cukup besar kepada skuad negeri mereka. Tetapi Penulis tetap mempertahankan idea Penulis. Pemain dimaksudkan tentunya Ashaari Shamsudin, Shakir Shaari dan S.Subramaniam.
Soalan kepada coach Raja mudah sahaja, atas dasar apa pemain pada kali ini dipilih? Coach Raja telah memberitahu bahawa pemain yang dipilih adalah berdasarkan prestasi di Piala Malaysia (baca sini)
Namun, sejauh mana kebenaran kenyataan itu? Adakah pemain skuad Harimau Muda bermain di Piala Malaysia? Sejauh mana pemain seperti Asrarudin Putra, Amar Rohidan mahupun Shahrizal Saad menyerlah di saingan Piala Malaysia kali ini? Sumbangan apakah yang berjaya memikat coach Raja untuk menyenaraikan K.Rubben pada kali ini. Penulis sebenarnya mengikuti juga Kejohanan Universiti tetapi lebih tertarik dengan seorang lagi pemain iaitu Fahrul Razi Kamaruddin yang dilihat begitu lincah semasa beraksi tempoh hari.
Fahrul Razi - Pemain lincah yang punyai potensi besar buat skuad negara.
Nyata, Penulis secara peribadi berpendapat coach Raja tetap di takuk lama. Strateginya masih sama. Discipline football dengan bertahan dan hanya menyerang sekali sekala mengharap pemain seperti Norshahrul atau Kunalan untuk memberi ruang kepada Safee Sali. Manakala Peminat dijangka akan menyaksikan corak yang sama di mana pasukan lawan tetap akan menguasai permainan dan membuat serangan ke pintu gawang negara. Harapan di benteng terakhir tentunya pada Khairul Fahmi Che Mat.
Harapan Penulis untuk melihat Malaysia beraksi lebih positif iaitu possession football mungkin dilihat terlalu ambitious, namun sekaranglah waktu yang baik jika coach Raja benar-benar serius untuk membawa cabaran negara dalam Piala Asia 2015.
TAHNIAH KEPADA PEMAIN YANG DIPILIH COACH RAJA.
P/S : Artikel dari blog Suara Sukan cukup pedas, namun Penulis bersetuju. Lihat sini
Nama Farizal Marlias, Norhafiz Zamani Misbah dan Khyril Muhymeen Zambri adalah antara yang kembali tersenarai untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan kendalian Datuk K.Rajagobal, menjelang beberapa aksi persahabatan antarabangsa sepanjang bulan Ogos ini - termasuk menentang Oman.
Farizal Marlias kembali ke pangkuan skuad kebangsaan
Tonggak tengah Terengganu, Joseph Kalang Tie pula muncul satu-satunya wajah baru dipanggil untuk melengkapkan senarai 25 pemain, tatkala Norshahrul Idlan Talaha dan Aidil Zafuan Razak digugurkan, berkemungkinan atas alasan kecederaan yang belum pulih.
Josep Kalang Tie - Muka baru yang dipilih
Norshahrul Idlan - Masih belum pulih dari kecederaan
Pertahanan Kelantan, S.Subramaniam, dan pemain sayap lincah, Nurul Azwan Roya pula masih gagal meyakinkan Rajagobal untuk dipanggil ke kem negara.
Nurul Azwan Roya - Belum cukup meyakinkan buat Rajagobal
Kesemua pemain Harimau Muda A – Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Izzaq Faris Ramlan, dan K.Gurusamy, termasuk penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pula tiada dalam senarai bagi membolehkan mereka menyertai skuad Olimpik yang kini ‘bertapa’ di Slovakia sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Olimpik yang dijadual bermula 21 September depan.
Justeru kehadiran semula wajah-wajah yang sebenarnya bukanlah asing dalam kem negara ini dilihat dapat menutup ketiadaan mereka setidak-tidaknya buat sementara waktu.
Khyril Muhymeen dan Norhafiz Zamani - Kembali dipanggil
Berikut senarai lengkap pemain yang dikehendaki melaporkan diri kepada Rajagobal pada Rabu, 3 Ogos, jam 4 Petang.
Penulis berpendapat dengan barisan nama-nama seperti Josep Kallang Tie, Farizal Marlias dan Norhafiz Zamani sebenarnya membuktikan K.Rajagobal mula menyedari sumbangan pemain ini semasa perlawanan menentang Chelsea. Cuma, Penulis sedikit terkilan kerana S.Subramaniam dan Nurul Azwan tidak terpilih yang Penulis rasa patut diberi peluang untuk membarisi skuad negara.
Apapun, Penulis masih mahu melihat apakah perancangan sebenar Rajagobal. Adakah beliau sekadar memanggil nama-nama yang menjadi 'Fan Favourite' sekadar untuk meredakan kemarahan Peminat yang mahukan beliau berundur selepas kegagalan skuad negara melayakkan diri ke Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia? Atau kemungkinan juga Rajagobal telah benar-benar sedar dan ingin membuat perubahan ketara memperbaiki skuad negara.
Piala Malaysia - Kejohanan bolasepak paling berprestij di Malaysia
Biarpun musim Ramadhan menjelang tiba, persiapan latihan pasukan yang melayakkan diri ke Piala Malaysia 2011 tetap diteruskan. Ini membuktikan betapa serius pasukan yang bertanding untuk menjulang piala kejuaraan paling berprestij di Malaysia.
Persiapan 16 pasukan antaranya termasuklah membawa beberapa pemain pasukan yang tidak layak ke Piala Malaysia secara pinjaman. Langkah ini dilihat sebagai melengkapkan kekuatan pasukan di setiap posisi untuk bersaing apabila saingan dimulakan pada 6 September hingga 29 Oktober kelak.
Selangor menjadi pasukan terpantas menyambar pemain apabila 3 pemain Harimau Muda disenaraikan. 1. Nazri Ahmad (Pertahanan, HM A) 2. Haziq Zikri (Penyerang, HM A) 3. D.Saarvindran (Penyerang, HM B)
Haziq Zikri pernah menimba pengalaman menjalani pemilihan di kelab England.
D.Saarvindran - Stiker berbakat Harimau Muda B
Manakala Kelantan turut memperkemaskan pasukan dengan mengambil pemain skuad Piala Presiden yang menjadi juara tempoh hari. 1. Khairul Izuan Rosli (Tengah)
2. Muhamad Farhan Yaacob (Penyerang / Sayap)
3. Mohd Aris Zaidi (Penyerang)
4. Norsyahrul Hawari (Tengah / Sayap)
5. Nik Shahrul Azim (Perahanan)
6. Md Syazwan (Penjaga Gol)
Kejayaan Skuad Piala Presiden Kelantan memberi ruang kepada pemain muda membuktikan kemampuan mereka. Kapten Piala Presiden Kelantan (Nik Shahrul) dan Farhan Yaacob (gambar kecil)
Pemain lain yang menjadi sasaran pasukan Piala Super adalah seperti : 1. Azamuddin Akil (Pahang) - Kelantan, Terengganu
Azamuddin - Diintai oleh Kelantan dan Terengganu
2. Famirul Asyraf Sayuti (Pahang) - Kelantan
3. Azmizi Azmi (Perlis) - Kedah
Azmizi (kiri) - Hampir pasti memilih Kedah
4. Mohd Faiz Subri (Perlis) - Kedah, Perak
Faiz Subri - Skilnya menarik perhatian pasukan Perak dan Kedah.
5. Mohd Fitri Omar (MP Muar) - Kedah, Perak, T-Team
Fitri (kiri) - Dalam pemerhatian Kedah, Perak dan T-Team Undian bagi kumpulan untuk 16 pasukan akan dijalankan di Wisma FAM pada hari Rabu 3 Ogos 2011. Senarai pasukan yang layak ialah :
1.Kelantan 2.Terengganu 3.Selangor 4.Kedah 5. Perak 6. Johor FC 7. Negeri Sembilan 8. T-Team FC 9. Sabah 10. Felda United FC 11. Kuala Lumpur 12. PKNS FC 13. Sarawak 14. PDRM 15. Johor 16. Sime Darby
Mampukah Kelantan mempertahankah kejuaraan mereka di Piala Malaysia 2011?