Search This Blog

Tuesday 2 August 2011

Rajagobal Senarai Semula Farizal, Zamani dan Josep Kalang

Nama Farizal Marlias, Norhafiz Zamani Misbah dan Khyril Muhymeen Zambri adalah antara yang kembali tersenarai untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan kendalian Datuk K.Rajagobal, menjelang beberapa aksi persahabatan antarabangsa sepanjang bulan Ogos ini - termasuk menentang Oman.

 Farizal Marlias kembali ke pangkuan skuad kebangsaan

Tonggak tengah Terengganu, Joseph Kalang Tie pula muncul satu-satunya wajah baru dipanggil untuk melengkapkan senarai 25 pemain, tatkala Norshahrul Idlan Talaha dan Aidil Zafuan Razak digugurkan, berkemungkinan atas alasan kecederaan yang belum pulih.
 
 Josep Kalang Tie - Muka baru yang dipilih
 
 Norshahrul Idlan - Masih belum pulih dari kecederaan

Pertahanan Kelantan, S.Subramaniam, dan pemain sayap lincah, Nurul Azwan Roya pula masih gagal meyakinkan Rajagobal untuk dipanggil ke kem negara.
 
 Nurul Azwan Roya - Belum cukup meyakinkan buat Rajagobal

Kesemua pemain Harimau Muda A – Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Izzaq Faris Ramlan, dan K.Gurusamy, termasuk penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pula tiada dalam senarai bagi membolehkan mereka menyertai skuad Olimpik yang kini ‘bertapa’ di Slovakia sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Olimpik yang dijadual bermula 21 September depan.

Justeru kehadiran semula wajah-wajah yang sebenarnya bukanlah asing dalam kem negara ini dilihat dapat menutup ketiadaan mereka setidak-tidaknya buat sementara waktu.
 
 Khyril Muhymeen dan Norhafiz Zamani - Kembali dipanggil
 

Berikut senarai lengkap pemain yang dikehendaki melaporkan diri kepada Rajagobal pada Rabu, 3 Ogos, jam 4 Petang.

Amar Rohidan, Azmi Muslim, Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen
Kedah
Amirulhadi Zainal, Asrarudin Putra Omar, Safiq Rahim
Selangor
Norhafiz Zamani Misbah, Farizal Marlias, S.Kunanlan
Negeri Sembilan
Ashaari Shamsudin, Helmi Remeli, Abdul Hadi Yahya, Sharbini Allawee, Ismail Faruqi Ashaari, Joseph Kalang Tie
Terengganu
Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, S.Chanturu, Shakir Shaari
Kelantan
Shahrom Abdul Kalam, Norazlan Razali
Kuala Lumpur
Shahrizal Mohd Saad
Johor FC
Faizal Muhammad
Harimau Muda A
Safee Sali
Pelita Jaya


Sumber : Blog Suara Sukan Anda

Penulis berpendapat dengan barisan nama-nama seperti Josep Kallang Tie, Farizal Marlias dan Norhafiz Zamani sebenarnya membuktikan K.Rajagobal mula menyedari sumbangan pemain ini semasa perlawanan menentang Chelsea. Cuma, Penulis sedikit terkilan kerana S.Subramaniam dan Nurul Azwan tidak terpilih yang Penulis rasa patut diberi peluang untuk membarisi skuad negara.

Apapun, Penulis masih mahu melihat apakah perancangan sebenar Rajagobal. Adakah beliau sekadar memanggil nama-nama yang menjadi 'Fan Favourite' sekadar untuk meredakan kemarahan Peminat yang mahukan beliau berundur selepas kegagalan skuad negara melayakkan diri ke Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia? Atau kemungkinan juga Rajagobal telah benar-benar sedar dan ingin membuat perubahan ketara memperbaiki skuad negara.

No comments:

Post a Comment