Search This Blog

Tuesday 20 September 2011

Apa Lagi Alasan Koo dan Tan?

"Ibarat Marahkan Nyamuk, Kelambu Dibakar"..Begitulah perumpamaan yang sesuai ditujukan kepada "Beregu Emas" negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong.

"Permainan kami sudah statik di bawah Rexy. Strategi kami mudah dibaca pihak lawan" - begitulah alasan Koo-Tan ketika tewas di Kejohanan Dunia lalu.

Apa yang nyata, betapa mereka agak terdesak ketika ini untuk kembali memperbetulkan persepsi dan memenangi hati peminat semula apabila cuba untuk membuktikan keputusan menukar jurulatih yang baru (Pang Cheh Chang) yang dianggap mampu memberi 'variasi' baru kepada permainan mereka yang dirasakan statik sebelum ini tetap berkesudahan dengan skrip yang sama.

Beregu negara tewas 3 set 21-15, 16-21 dan 13-21 kepada beregu Korea, Lee Yong Dae dan Jung Jae Sung di Suku Akhir China Masters.

Penulis sebenarnya sudah lama berasa kecewa dengan sikap Koo-Tan. Ya, memang bunyinya agak sinis. Tetapi itulah pandangan peribadi Penulis yang turut sama dikongsi oleh para peminat sukan tanah air yang lain.


Sekali lagi ingin Penulis tekankan bahawa punca mengapa Koo-Tan tidak mampu untuk menjelmakan noktah kejayaan adalah berpunca daripada fitness/stamina mereka. Pendapat ini jugalah yang diungkapkan Rexy Mainaky berkali-kali baik kepada media mahupun sesiapa saja yang bertanya pada beliau. Kurangnya latihan intensif dari aspek fitness menjadi punca utama mengapa mereka sering gagal.

"Masalah Koo-Tan adalah pada fitness (kecergasan). Jika fitness mereka mantap berterusan, mustahil  untuk pihak lawan menyaingi mereka" luah Rexy ketika menjawab komen media dan peminat sebelum ini.

Sudah kerap kali (jika diperhatikan) kebanyakan kekalahan Koo-Tan adalah tewas setelah menang di set pertama. Namun, faktor kurang stamina @ habis angin  jugalah menjadi punca mereka gagal menoktahkan kemenangan di set kedua. Seterusnya dalam set ketiga yang lebih ketara kepenatan ditambah mental yang sudah down apabila ketinggalan melebihi 7-8 mata.

Penulis lebih melihat Kien Keat sebagai sedikit terganggu dengan fitness dan mental. Koo dilihat mudah membuat kesilapan tatkala di situasi genting dan mudah leka ketika mendahului lawan. Suatu lagi aspek yang Penulis rasa memang ramai perasan ialah susuk tubuh pemain badminton Malaysia yang "sihat-sihat" bermain. Pendapat ini diakui sendiri oleh bekas Jurulatih skuad badminton negara era 90an dahulu yang menyuarakan kebimbangan dalam aspek fizikal pemain. 

Ironinya, pada masa kini Jurulatih Badminton hanya ditugaskan untuk melatih pemain dari aspek taktikal dan teknikal tetapi aspek kecergasan diserahkan kepada Institut Sukan Negara @ ISN. Bagaimana sebuah institusi sukan yang diiktiraf dengan mempunyai pegawai atau jurulatih dengan ilmu Ijazah, Sarjana mahupun PHD Sains Sukan tetapi gagal membentuk susuk tubuh seperti Chong Wei atau Lin Dan? Sudah terang lagi bersuluh maknanya program latihan dijalankan ISN tidak cukup bagus untuk atlit Badminton.

Dr. Ramlan Aziz - Ketua Pengarah ISN
Baca link di sini


Apapun, masa telah berlalu. Rexy Mainaky kini bertugas selaku Ketua Jurulatih Bergu Wanita dan Campuran. Kita sangat mengaharapkan sentuhan Rexy untuk memperbaiki mutu skuad wanita untuk bersaing dengan lebih kompetitif. Untuk Koo-Tan, muhasabah diri anda berdua. Cubalah perbaiki diri dan jangan bersikap tidak professional menyalahkan orang lain atas kegagalan anda.


Rexy menyahut cabaran membentuk skuad beregu wanita dan campuran negara


p/s : Lama betul Penulis tidak memegang raket..Sesekali geram pun ada tengok game di TV!

No comments:

Post a Comment