Search This Blog

Sunday, 24 July 2011

Piala Dunia Takraw : Malaysia Kecewa Di Laman Sendiri


Harapan para peminat untuk menyaksikan kebangkitan skuad Sepak Takraw negara tidak kesampaian apabila aksi longlai dipersembahkan di final menentang Thailand sebentar tadi. Skuad Malaysia tewas 3 set (15-4, 15-6 dan 15-11).

Jelas, kegugupan pemain negara yang dibarisi Noorazman Hamid (tekong), Norshahruddin Ghani (pelibas) dan Farhan Adam (feeder) menjadi punca utama kehilangan mata-mata awal permainan dan ia dimanfaatkan sepenuhnya pasukan Thailand untuk menang di set pertama.

Noorazman Hamid gagal membuat servis yang diharapkan oleh peminat.

Di pertengahan set kedua, Noorazman akhirnya ditukarkan dengan Syazwan Husin untuk memperbaiki servis kem Malaysia, namun Thailand terus garang menamatkan set tersebut.

Kebangkitan lewat permainan yang cuba ditunjukkan di set ketiga nampak sedikit kelihatan apabila pada satu ketika pasukan Malaysia berjaya merapatkan kedudukan 8-8, sebelum Thailand menunjukkan betapa masih banyak yang perlu dilakukan oleh pasukan negara untuk menyaingi mereka.

 Norshahruddin Ghani cuba melakukan yang terbaik namun regu Thai ternyata lebih mantap.

Penulis berpendapat punca utama kekalahan pasukan negara adalah mental. Aksi tekong negara Noorazman yang begitu gugup dan tertekan menyebabkan Thailand mengambil kesempatan tersebut.

Selain itu, sememangnya diakui kehebatan Thailand adalah pada servis dari Siriwat Sakha @ Krengkrai Kaomian dan pelibas mereka Ponchai Kaokeaw @ Anuwat Chaichana. Malah, Penulis juga melihat feeder mereka Pattarapong Yuppadee juga mampu untuk membuat libasan.

Siriwat (kiri) dan Ponchai (tengah) tiada masalah membenam cabaran skuad negara.

Pattarapong (tengah) juga selain feeder mampu untuk melibas di saat penting.

Kejohanan ini juga membuktikan bahawa servis secara berterusan dalam format sebelum ini bukanlah kunci utama kejayaan Thailand apabila format 3 servis ditukar juga tidak menampakkan kecacatan ke atas aksi Negara 'Gajah Putih' tersebut.

 Skuad Takraw Thailand yang begitu berbisa.

Harapan pada masa kini tentunya ialah untuk kembali menebus kekalahan tersebut di Sukan Sea akan datang. Kerja keras perlu dilaksanakan oleh PSM kendalian Dato' Ahmad Ismail termasuk mencari bakat-bakat baru yang dapat ditonjolkan suatu hari nanti.

 Young talent?
 

Malaysia Tewas Dengan Singapura : Pemilihan kesebelasan Rajagopal Dipersoal


MALAYSIA tewas 5-3 kepada SINGAPURA pada perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura lewat petang semalam.

Gol awal yang diperolehi pada minit-minit awal permainan menerusi Safee Sali nyata tidak menepati jangkaan dan harapan peminat sukan di tanah air apabila Malaysia akhirnya ketinggalan 4-1 apabila tamat separuh masa pertama.

Pemain Singapura (Qiu Li) mengucar-kacirkan pertahanan negara.


Kebangkitan 2 gol menyaksikan Malaysia merapatkan ke kedudukan 4-3 namun sekali lagi keghairahan mencari gol penyamaan akhirnya dihukum oleh pasukan Singapura apabila Aleksander Duric menyumbat gol ke-5 bagi memastikan Singapura membawa bekalan 2 gol di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai ini.

 Safiq Rahim dilayangkan kad merah kerana membuat terjahan ke atas Farris Harun.

Rata-rata para peminat yang kecewa menerusi di Facebook Kafe Sukan mempersoalkan beberapa tindakan K.Rajagobal antaranya :

1) Percaturan berisiko tinggi meletakkan Ismail Faruqi membarisi kesebelasan utama.
2) Meletakkan Ahmad Fakri Sharani berbanding Amirulhadi Zainal yang lebih berbahaya dalam perlawanan menentang Liverpool sebelum ini.
3) Sharbinie Allawee berbanding Khairul Fahmi Che Mat. Akhirnya Sharbinie kembali ke prestasi seperti menentang Indonesia di AFF Suzuki Cup.
4) Memasukkan Izzaq Faris Ramlan berbanding Ashaari Samsudin @ Baddrol Bakhtiar yang lebih terbukti kemampuan menjaringkan gol di penghujung permainan.

Malah, barisan pertahanan dilihat sangat uncomfortable  dengan peminat mula menyebut nama-nama pemain senior yang lebih baik diturunkan seperti S.Subramaniam, Marzuki Yusof, Farisham Ismail, Helmi Rameli dan Norhafiz Zamani.

 Aksi Subramaniam dan Norhafiz mendapat pujian peminat ketika menentang Chelsea.

Penulis juga mempunyai pilihan sendiri untuk membarisi kesebelasan negara, tetapi sedar bahawa kuasa adalah di tangan Dato' K.Rajagobal.

-----------------K. Fahmi----------------------
Mahali-----Farisham------Subra-----Asra
-------------------Shakir------------------------
Amirulhadi-----Ashaari-----------Kunalan
-----------Hadi-------------Safee-------------


Dengan ketiadaan Safiq Rahim, Penulis berasakan Ashaari Samsudin mampu untuk mengisi tempat tersebut bukan sebagai playmaker tetapi pemain yg akan banyak membuat larian dari kiri dan kanan dan membuat hantaran menarik kepada penyerang. Strategi ini juga pasti menjadi kerana Amirul, Ashaari dan Kuna boleh bertukar tempat yang akan mengelirukan pihak lawan.


Ashaari Samsudin - Good in dribble, assist and finishing.


Penulis juga berasakan jika benar coach Raja seorang yang mengambil risiko untuk secara serius meletakkan Shakir Shaari sebagai Defensive Midfielder. Secara merit, 52 gol pasukan kelantan (terbanyak di Liga Super) adalah banyak berpunca dari hantaran forward/thru pass shakir. 21 gol bolos pasukan Kelantan (kedua terbaik selepas Kedah) juga membuktikan Shakir ialan pemain yang mampu membuat marking dan anticipation yang membantu pertahanan.

 Shakir Shaari - A man behind Kelantan success.


Sentimen formula AFF Suzuki 2010 meletakkan kepercayaan line-up yang sama perlu diubah Rajagobal kerana pemain ini ada turun naiknya. Mengapa Vicente Del Bosque tidak meletakkan Torres dalam Final World Cup 2010 walaupun beliau adalah tonggak di Euro 2008.


Buat para pemain Malaysia, komitmen 120% adalah ditagih untuk memastikan impian para peminat bolasepak tanah air untuk menyaksikan pasukan negara ke World Cup 2014 adalah sesuatu yang bukan lagi mimpi, tetapi untuk direalisasikan.



Saturday, 23 July 2011

LIVERPOOL VS MALAYSIA (16 Julai 2011)

Sebagai seorang peminat kelab bolasepak terbaik di Eropah, kehadiran pasukan Liverpool ke Malaysia adalah suatu perkara yang tidak akan aku lepaskan. Apatah lagi hadir untuk berlawan menentang pasukan Malaysia.

'Jom kito bet berapo sek Liverpool bule score arini?'

Suasana dari dalam LRT Bandar Tasik ke Bukit Jalil menggambarkan Liverpool mempunyai fan base yang cukup ramai di negara ini. Buka je pintu tren di Bukit Jalil..

"Liverpool....Liverpool...Liverpool..." Begitula sorakan yang ala-ala di Anfield (walhal smua muke Melayu, Cina & India) keh3..


The Next Generation


Suasana sambutan meriah berterusan hingga ke stadium dibuka untuk masuk. First time semumur hidup aku tengok Stadium Nasional Bukit Jalil penuh sesak-sesesaknya..(sebenarnya masuk SNBJ nie pun first time..dulu pernah tgk bola kt SSMIV, Darulmakmur dgn Shah Alam jer..hihi)

 Perkara yang selalu dipersoalkan orang ramai..

"Kau tu orang mesia..sokongla mesia..Tunjukkanla semangat patriotik sikit bro.."

Akhirnya, dua-dua aku sokong. Liverpool score penalty oleh Charlie Adam pun sokong (tepuk tangan)..Safiq Rahim score free-kick aku melompat2!

'Sape tau apa akan jadi lepas ni? Hehe..Gol!!!!!!'

Begitulah dengan 2nd half yang menyaksikan Malaysia kecundang tapi cukup menghadirkan rasa gerun pemain Liverpool. Siapa sangka Malaysia dapat score sampai 3 gol harini.

To Malaysia, good luck untuk match Singapore Sabtu nie. Cari seberapa banyak gol tempat lawan.

'Semua pakat berebut balik. Nak cerita kat ahli keluarga dengan kengkawan gamaknya '