Search This Blog

Tuesday 22 May 2012

Prospek Malaysia Piala Thomas 2012

MALAYSIA akan bertemu DENMARK dalam perlawanan penentuan peringkat Kumpulan C pada hari ini (jam 1pm).

MengetuaI cabaran MAS pada hari ini tentunya Dato Lee Chong Wei yang dijangka menentang kuda veteran DEN iaitu Peter Gade Christiansen dalam perseorangan pertama. Dijangkakan Chong Wei tidak berhadapan masalah untuk menundukkan Peter Gade. Apapun, kerisauan masih ada apatah lagi Chong Wei baru pulih dari kecederaan bahu.

Turun selaku bergu pertama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong kekal menjadi harapan skuad MAS untuk menjuarai kumpulan ini. Pasangan Koo-Tan perlu menang bagi mengekalkan cabaran MAS. Ini kerana, acara seterusnya perseorangan kedua yang akan turun hampir pasti Liew Darren yang dianggap kurang berkemampuan untuk menundukkan Jan O Jorgensen.

 Liew Daren - Harapan tipis

Namun, lawan Koo-Tan adalah pasangan berpengalaman & hebat iaitu Carsten Morgensen-Matias Boe. Perlawanan ini dijangka akan menjadi kunci penentu kemenangan pasukan.

Sekiranya keputusan seperti di dalam skrip, bergu kedua yang akan turun adalah Goh V Shem-Lim Kim Wah melawan Jonas Rasmussen-Conrad Petersan. Tidak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada Goh-Lim, namun pasangan ini jika kena pada 'angin' dan 'hari' mereka adalah pasangan yang mampu menyumbangkan mata.

 Goh-Lim - Prospek mata kedua acara bergu

Perlawanan terakhir adalah KUDA VETERAN negara Hafiz Hashim yang mungkin turun sama ada menentang Hans Kristian (masih cedera) atau Viktor Axelsen. Sungguhpun bergelut dalam prestasi turun naik dan keluar BAM di samping kecederaan, Hafiz ternyata perlu memainkan peranan penting dalam mengutip mata terakhir ini. Mungkin kempen Piala Thomas 2012 ini merupakan yang terakhir untuk Hafiz dalam skuad MAS.


Hafiz Hashim - Kudratnya masih ditagih

Ramalan Penulis MALAYSIA 3 - 2 DENMARK.

 

 

No comments:

Post a Comment