Search This Blog

Tuesday 22 May 2012

Kelantan Juara FA Cup 2012

Pasukan Kelantan ternyata menepati ramalan untuk menjuarai Piala FA 2012 menewaskan pasukan kelab Sime Darby FC 1-0. Gol tunggal perlawanan terhasil menerusi sepakan penalti Mahmoud Ghaddar pada separuh masa kedua. 

 RED WARRIORS menjulang Piala FA 2012

Tahniah kepada pasukan Kelantan kerana berjaya menjuarai Piala FA buat pertama kali dalam sejarah pencapaian bolasepak mereka. Paling gembira tentunya Tan Sri Annuar Musa yang turut hadir duduk bersama-sama penyokong negeri mereka untuk bersorak. 

Syabas kepada TSAM yang berjaya mentransformasikan pasukan Kelantan yang terkenal dengan jolokan RED WARRIORS. Daripada sebuah pasukan dari Liga Perdana suatu ketika dahulu, masa depan Kelantan pada masa itu agak sukar dengan masalah utama dari segi kewangan. Disebabkan itu ramai pemain berbakat Kelantan pada masa itu berhijrah ke pasukan negeri/kelab lain.

 TSAM - Bapa Pembangunan Bolasepak Kelantan & mungkin Malaysia?

Perkara pertama yang dibuat oleh TSAM pada mula-mula mengambil alih stuktur pentadbiran pasukan tentunya dengan mencorakkan sistem kepimpinan yang baik. Melantik beberapa orang kanan yang berwibawa, di samping TSAM sendiri berusaha membawa penaja untuk menaja pasukan Kelantan hinggalah jenama RED WARRIORS telah menjadi satu jolokan yang popular ketika ini. Seingat Penulis, pada masa dahulu gelaran paling ada hanyalah Sang Kijang sahaja.

Kemudian, barisan bekas pemain juga diambil untuk menjadi jurulatih. Nama-nama seperti Hashim Mustapha, Zahasmi Ismail tentulah tidak asing bagi para peminat di zaman 90an dahulu. Mereka ini menjadi tonggak membentuk senarai pemain. Kehadiran Peter Butler pada awal kemunculannya menunjukkan TSAM mempunyai visi yang jauh untuk memartabatkan corak permainan Kelantan. Dalam masa yang singkat, Kelantan berjaya naik semula ke Liga Super dan seterusnya adalah sejarah yang manis dan terus ditulis!

 Zahasmi Ismail - Bekas Bek Tengah Kebangsaan & Kelantan

Melihatkan kepada barisan pemain sekarang yang juga menjadi pilihan jurulatih K.Rajagobal, nama-nama seperti Khairul Fahmi, Subramaniam, Farisham, Rizal Fahmi, Shakir, Norshahrul Idlan hampir pasti berada dalam senarai ekoran prestasi hebat yang dipamerkan. Turut mengintai peluang juga termasuklah Daudsu, Norfarhan dan kapten mereka Badhri Radzi (Piya).

Kini, Kelantan melangkah selangkah lagi dalam misi membawa nama Malaysia ke pentas AFC. Mereka akan bertemu pasukan Terengganu yang kembali dengan jurulatih yang pernah membimbing mereka Peter Butler. Ada misi peribadi Butler yang mungkin kini lebih bermotivasi untuk menundukkan pasukan yang pernah diangkatnya dahulu.


No comments:

Post a Comment