Paling ketara pastinya ketiadaan kapten negara Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal dan Abd Hadi Yahya. Pemain lain yang turut digugurkan termasuk Ashaari Samsuddin, Shakir Shaari, Rizal Fahmi, Helmi Rameli, Sharbinee Allawee, Azmi Muslim, Fakri Sharani dan Ismail Faruqi.
Safiq Rahim - Prestasi menurun dalam perlawanan Piala Malaysia 2011.
Antara muka-muka lama yang dipanggil semula termasuk Khyril Muhymeen yang kini prestasinya meningkat sejak pulih dari kecederaan, selain pemain lain seperti Norhafiz Zamani, Farizal Marlias dan arkitek Terengganu, Josep Kalang Tie.
Khyril Muhymeen - Prestasinya meningkat dalam kempen Piala Malaysia 2011.
Paling mengejutkan tentunya dengan tersenarainya kapten skuad Universiti negara di Kejohanan Universidad lalu iaitu K.Rubben (UKM) disusuli pemain Kuala Lumpur seperti Shaharom Kalam, Norazlan Razali dan Yong Kuong Yong.
K. Rubben - Kapten Skuad Bolasepak Universiti (Malaysia)
Terus terang Penulis sebenarnya tidak nampak skuad yang dipilih kali ini membuktikan Rajagobal telah belajar sesuatu dari kemarahan peminat semasa tewas menentang Singapura. Sekali lagi Penulis amat pasti tentu ramai mempertikaikan keputusan coach Raja yang dilihat benar-benar menidakkan terus kemampuan pemain yang sebenarnya mampu mengubah corak permainan skuad negara.
Mungkin Penulis telah menyatakan dalam post yang terdahulu mengenai pemain yang tidak dipandang Rajagobal tetapi sumbangannya cukup besar kepada skuad negeri mereka. Tetapi Penulis tetap mempertahankan idea Penulis. Pemain dimaksudkan tentunya Ashaari Shamsudin, Shakir Shaari dan S.Subramaniam.
Soalan kepada coach Raja mudah sahaja, atas dasar apa pemain pada kali ini dipilih? Coach Raja telah memberitahu bahawa pemain yang dipilih adalah berdasarkan prestasi di Piala Malaysia (baca sini)
Namun, sejauh mana kebenaran kenyataan itu? Adakah pemain skuad Harimau Muda bermain di Piala Malaysia? Sejauh mana pemain seperti Asrarudin Putra, Amar Rohidan mahupun Shahrizal Saad menyerlah di saingan Piala Malaysia kali ini? Sumbangan apakah yang berjaya memikat coach Raja untuk menyenaraikan K.Rubben pada kali ini. Penulis sebenarnya mengikuti juga Kejohanan Universiti tetapi lebih tertarik dengan seorang lagi pemain iaitu Fahrul Razi Kamaruddin yang dilihat begitu lincah semasa beraksi tempoh hari.
Fahrul Razi - Pemain lincah yang punyai potensi besar buat skuad negara.
Nyata, Penulis secara peribadi berpendapat coach Raja tetap di takuk lama. Strateginya masih sama. Discipline football dengan bertahan dan hanya menyerang sekali sekala mengharap pemain seperti Norshahrul atau Kunalan untuk memberi ruang kepada Safee Sali. Manakala Peminat dijangka akan menyaksikan corak yang sama di mana pasukan lawan tetap akan menguasai permainan dan membuat serangan ke pintu gawang negara. Harapan di benteng terakhir tentunya pada Khairul Fahmi Che Mat.
Harapan Penulis untuk melihat Malaysia beraksi lebih positif iaitu possession football mungkin dilihat terlalu ambitious, namun sekaranglah waktu yang baik jika coach Raja benar-benar serius untuk membawa cabaran negara dalam Piala Asia 2015.
TAHNIAH KEPADA PEMAIN YANG DIPILIH COACH RAJA.
P/S : Artikel dari blog Suara Sukan cukup pedas, namun Penulis bersetuju. Lihat sini
No comments:
Post a Comment