Search This Blog

Monday, 26 September 2011

Badminton Terbuka Jepun 2011 : Chong Wei gagal pertahan kejuaraan

Pemain Perseorangan No.1 Dunia, Dato' Lee Chong Wei gagal untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di Terbuka Jepun tahun lalu selepas tewas dalam perlawanan akhir semalam. Chong Wei tewas kepada pemain China, Cheng Long 8-21, 21-10, 21-19 dalam tempoh 1 jam 13 minit.

 Adakah faktor keletihan Chong Wei @ kelemahannya sudah dikaji jurulatih China?

Chong Wei yang sebelum ini tidak menghadapi masalah menundukkan Peter Gade di saingan separuh akhir, bergelut untuk menemui rentak di set pertama apabila Chen Long membuktikan kemampuannya mengawal gelanggang dengan baik dan memaksa Chong Wei membuat hantaran yang tersasar dari gelanggang.

Namun Chong Wei kembali memperkemaskan permainan di set kedua dengan membuat pukulan yang lebih mantap dan Chen Long pula sering membuat kesilapan. Kedua-dua pemain bagaimanapun tampil lebih tenang dan bertenaga di set ketiga namun Chen Long ternyata lebih bernasib baik apabila pukulan cross court smash terakhir yang dibuat Chong Wei keluar dan Chen Long dinoktahkan kejayaannya pada 21-19.

 Chen Long yang semakin matang corak permainannya.

Komen Tey Seu Bock selepas perlawanan :


“Saya akui Cheng Long bermain dengan bagus hari ini (semalam) terutama apabila dapat membaca semua pergerakan Chong Wei di set pertama sehingga mengakibatkan dia gagal mengatasi lawan dan mula hilang fokus,” katanya ketika mengulas kekalahan di set pertama, 8-21. Bangkit di set kedua, Chong Wei mula menemui rentak untuk menang dan mengajak lawan beraksi di set penentuan yang akhirnya terpaksa akur dengan kekalahannya itu. 

“Mungkin kelebihan memihak kepada Cheng Long. Dia dilihat begitu bersedia sebelum turun menentang Chong Wei dan kelihatan bertenaga di perlawanan akhir kerana tidak turun sebelum ini.”

Pada Penulis, kekalahan kali ini pastinya memberi satu tamparan hebat @ reality check bukan sahaja kepada Chong Wei dan Tey Seu Bock, malah kepada BAM sendiri. Peminat sudah jemu dengan Pengurusan BAM yang gagal membawa pemain baru yang mampu diketengahkan. Malah, apa yang dapat dilihat ialah lebih ramai pemain yang bertindak keluar dari BAM dan jurulatih yang bagus pula dipindahkan ke 'department' lain.

 Imbas Kembali - Misbun Sidek yang membentuk Lee Chong Wei hingga ke tahap sebegini.


Penulis berani jamin jika tiada perubahan berlaku pada struktur pengurusan BAM, kita akan melihat selepas Chong Wei bersara tiada sudah pemain yang akan melepasi hatta Suku Akhir sekalipun. 

Piala Thomas 2012? Tidak jika begini sahaja tahap kita.

 Tan Sri Elyas Omar - Individu di sebalik kejayaan Piala Thomas 1992 Malaysia.

 

No comments:

Post a Comment