Kesedihan Chong Wei dikongsi
rakyat Malaysia
Menyaksikan perlawanan final
antara Chong Wei dan Lin Dan pastinya menjadi kemestian pada rakyat Malaysia
tempoh hari. Apapun, sekali lagi tatkala kemenangan semakin hampir kepada Chong
Wei ke atas Lin Dan, di penghujungnya sesuatu berlaku. Lin Dan nampak
sedikit baik daripada Chong Wei hanyalah dari aspek kekuatan mental untuk tidak
melakukan kesilapan di saat akhir. Chong Wei tewas setelah gagal untuk mengagak
shuttle dihantar Lin Dan ke belakang yang disangkanya keluar tetapi sebenarnya
masuk, disusuli pula pukulannya ke belakang gelanggang yang berjaya diagak Lin
Dan yang mana shuttle dihantar Chong Wei itu keluar.
Jadi, apa pula selepas ini BAM? Adakah masih
nak keluarkan statement untuk mengajak Chong Wei bermain hingga Olimpik 2016 di
Brazil? “Oleh kerana Chong Wei saja yang
terbaik sekarang, justeru beliau terus akan bermain”. Takkan ini saja yang
mampu diperkatakan oleh Dato’ Nazmi Salleh (Presiden BAM). Sementara Kenny Goh (Pengurus
Besar) dan Ng Chin Chai (S/U) pula akan keluarkan statement rata-ratanya berpuas
hati dengan Chong Wei yang dah all-out
dan hampir-hampir menang walaupun baru baik injured, Koo-Tan juga yang
hampir-hampir dapat gangsa dan Peng Soon-Liu Ying yang pertama kali beraksi
(pendedahan la katanya). Kalau begini saja skripnya, berkuburlah masa depan
badminton negara dalam masa 2 tahun akan datang.
Chin Chai, Dato’ Nazmi, Kenny
Kita bercakap soal perkembangan
badminton negara. Sedar atau tidak sejak 5-6 tahun lepas kita telah dilanda
kemarau pemain pelapis untuk diketengahkan. Tiada pemain yang boleh dianggap world beaters selain Lee Chong Wei.
Mengapa ini terjadi? Sebabnya, Pengurusan BAM yang amat lemah serta gagal sepenuhnya
untuk menaikkan badminton negara.
Dan lihat apa yang terjadi selepas
itu, bermula dengan krisis perletakan jawatan Misbun Sidek. Selepas itu, Rexy
Mainaky pula telah meninggalkan Malaysia untuk berkhidmat di Filipina. Namun,
Rexy tetap menyatakan beliau masih sayangkan badminton Malaysia. Sesuatu yang
tidak kena, bukan? Perlantikan Yoo Yong Sung sebagai jurulatih hanyalah cara
BAM untuk menutup mulut pengkritik yang menyelar keras pemergian Rexy.
Akhirnya, Yong Sung juga meninggalkan BAM kononnya dikatakan mereka isu gaji
(hakikatnya Yong Sung tidak diberi peluang melatih Koo-Tan dan hanya diberi
10-20 minit melatih 10 pemain).
Adakah BAM di bawah Dato Nazmi
tidak dapat memikirkan cara yang terbaik untuk menaikkan badminton Malaysia?
Adakah cukup pemain-pemain sedia ada diletakkan di bawah jurulatih yang
biasa-biasa sahaja pencapaian di era mereka (bukan mahu merendahkan mereka)
seperti Jeremy Gan dan Pang Cheh Chang. Tapi, kita perlu mendapatkan jurulatih
yang proven track record barulah
boleh berjaya. Ibarat memilih Pengurus Bolasepak, semua Pemilik kelab mahukan Jose
Mourinho, Josep Guardiola dan Guus Hiddink.
Oleh itu saya di sini dengan rasa
rendah diri ingin memohon agar Dato’ Nazmi, Kenny Goh dan Ng Chin Chai segera
meletakkan jawatan. Rasanya cukuplah sudah jasa dan penglibatan kalian dalam
menaikkan sukan terbaik negara kita. Biarlah orang lain pula yang membawa
teraju dan pengurusan BAM.
Tan Sri Elyas Omar
Aku selalu membaca mengenai resipi
kejayaan Piala Thomas 1992 yang bermula dari Program TUO tahun 1988 yang
diasaskan oleh Tan Sri Elyas Omar pada masa itu. Dikendalikan oleh Dato’ Punch
Gunalan, pada masa itu Malaysia mengambil jurulatih daripada China seperti Fang
Kai Xiang, Han Jian, Yang Yang dan lain-lain untuk melatih pemain Malaysia. Dan
lihatlah hasilnya, kita berjaya mendapatkan Piala Thomas. Formulanya ialah ;
- Pengurusan yang professional dan mempunyai misi dan visi yang jelas.
- Ketua Jurulatih selaku individu yang memantau perkembangan jurulatih serta pemain.
- Barisan kejurulatihan yang hebat, menjalankan latihan keras kepada pemain.
- Sekumpulan pemain-pemain muda yang komited, hebat, berbakat & bermotivasi tinggi.
Sehubungan itu, aku harap sekali
agar Malaysia (melalui penglibatan orang politik seperti Menteri Belia &
Sukan serta Ketua Pengarah MSN) dapat melihat kembali struktur Pengurusan BAM
ini dan ubahlah segera. Janganlah hanya berani mengeluarkan statement sekadar bermotifkan
penyedap rasa seperti seperti teguran membina, berbincang dan bincang, hantar
kertas kerja baru kerana ianya tidak ‘bergigi’ serta telah terbukti tidak mampu
mengubah apa-apa (lihat semenjak tahun 2000).
Untuk barisan kejurulatihan, aku
ingin mencadangkan nama berikut :
Ketua Jurulatih – Misbun Sidek
Misbun ketika membimbing Chong Wei
Komen : Kemampuannya tidak dapat
kita pertikaikan. Lihat sahaja bagaimana beliau membentuk LCW sehingga ke hari
ini. Kepakaran beliau adalah mampu untuk merangka pelan untuk melahirkan
seseorang pemain single yang hebat.
Ditambah pula beliau seorang tokoh bekas pemain yang hebat semasa di zamannya.
Mempunyai aura karekter tersendiri sebagai seorang yang berani dan tidak takut
pada kritikan.
PERSEORANGAN
Jurulatih – Tang Xianhu
Jurulatih berpengalaman ini
ternyata mempunyai midas touch. Jika
Malaysia bersungguh mahu mencari pengganti Chong Wei, aku rasa tak salah kita lantik beliau selaku jurulatih.
Komen : Kenalkah anda Tang Xianhu?
Aku hampir pasti rata-rata tidak mengenalinya langsung. Tetapi tahukah anda
beliau adalah individu terpenting di dalam kejayaan Lin Dan menjadi pemain yang
sangat disegani dan jaguh dunia. Tang merupakan kelahiran Indonesia dan pernah
menjadi jurulatih Indonesia. Pada masa itu Indonesia banyak melahirkan
jaguh-jaguh seperti Ardy Wiranata, Alan Budikusuma, Heryanto Arbi termasuk Susi
Susanti. Jaguh terakhir yang dilahirkannya adalah Hendrawan sebelum beliau
kembali ke China ekoran permohonannya untuk menjadi warganegara Indonesia telah
ditolak. Taufik Hidayat pernah berkata bahawa salah satu kekecewaannya adalah
tidak pernah mendapat bimbingan dan Tong Sinfu (nama kenalannya di Indonesia).
Di China, beliau telah melahirkan ramai
jagoan dunia seperti Ji Xinpeng, Xia Xuanze, Bao Chunlai, Chen Jin, Lin Dan serta
terbaru tentunya Chen Long. Satu fakta yang lebih menarik ialah jaguh beregu
China sekarang iaitu Cai Yun-Fu Haifeng dipilih sendiri oleh Tang di dalam suatu
program khas melatih pasangan beregu kerana pada masa itu satu-satunya masalah
China ialah tidak mempunyai gandingan beregu yang mantap. Kebiasaannya di Piala
Thomas, negara lain mendapat 2 mata dari acara beregu sambil berharap mampu
mencuri satu mata dari acara perseorangan apabila berdepan China. Namun, kini sukar sama sekali untuk
mencuri satu mata dari perseorangan termasuk juga masih perlu berhadapan beregu
ini yang amat handal.
Jurulatih – Tay Seu Bock, Rashid
Sidek dan Hendrawan
Hendrawan masih diperlukan untuk membimbing pemain pelapis.
Komen : Tiada masalah.
Ketiga-tiganya masih diperlukan di dalam setup
untuk melahirkan jaguh perseorangan negara baik seawal peringkat remaja.
BEREGU
Jurulatih – Park Joo Bong
Komen : Beliau digelar pakar
beregu kerana kehandalannya dalam acara beregu sama ada lelaki mahupun
campuran. Tidak kiralah dengan sesiapa pun pasangan regunya, beliau dapat
mengawal gelanggang dengan baik di samping membantu pasangannya beraksi dengan
cemerlang. Sesuatu yang menakjubkan jika kita lihat Jepun yang pada masa dahulu
hanyalah lawan biasa sahaja tetapi kini mempunyai sekurang-kurangnya 3 beregu
yang sedang meningkat naik dengan pantas.
Karier kejurulatihan Joo Bong
bermula dengan melatih England dan melahirkan pemain bergu seperti Nathan
Robertson, Anthony Clark dan Gail Emms. Beliau juga pernah menjadi jurulatih
Malaysia pada suatu masa dahulu dan menaikkan 2 gandingan bergu iaitu Tan
Fook-Wan Wah dan Chong Ming-Chun Eng. Namun apakan daya, perbalahan timbul
antara beliau dan BAM dipercayai tentang tuntutan elaun dan teknik latihannya
memaksa beliau meletak jawatan. Aku tidak pasti sama ada Joo Bong masih
berdendam dengan BAM atau tidak. Mungkin selepas Dato Nazmi pergi, kepimpinan baru
dapat memujuknya kembali.
Jurulatih – Rexy Mainaky
Komen : Nama yang tidak asing lagi
dalam dunia badminton kita. Sama ada ketika zaman hebatnya bersama Ricky
Subagja mengecewakan gandingan Soon Kit-Kim Hock atau menjadi hero apabila
mencipta gandingan emas Kien Keat-Boon Heong.
Falsafah permainan Rexy cukup
mudah iaitu bermain pantas dan tidak menghantar bola tinggi. Namun, masalah
timbul apabila MSN campur tangan dalam urusan kecergasan pemain di mana Rexy
hanya ditugaskan untuk melatih manakala aspek kecergasan diletakkan di bawah MSN. Hasilnya, Koo
Kien Keat lebih ‘sihat’ daripada biasa dan pergerakannya menjadi perlahan untuk
mengambil bola dihantar menyebabkan kebanyakannya bola dihantar terpaksa dikembalikan tinggi dan
ini membuatkan pemain lawan segera melakukan smash bertubi-tubi. Kien Keat juga
dilihat cepat kehabisan tenaga terutama di set penentuan. Inilah yang
diungkapkan Rexy secara jujur kepada media. Aku rasa kemungkinan Rexy masih
belum bersedia kembali kerana ikatan kontrak dengan Filipina. Tambahan baru
sahaja memulakan tugas di sana. Mungkin dalam tempoh 2 tahun beliau akan
memikirkannya.
PILIHAN LAIN
(SEKIRANYA TAWARAN DITOLAK)
Jurulatih – Razif Sidek
Razif (kanan) ketika bersama Jalani.
Komen : Gandingannya bersama
adiknya Jalani telah menghadiahkan pingat gangsa kepada Malaysia di temasya
Olimpik 92. Razif-Jalani nama tidak asing di dalam acara bergu lelaki. Sering
menjadi sandaran di kejohanan-kejohanan besar termasuk Piala Thomas. Baru-baru
ini beliau dilihat sering mengeluarkan kenyataan pedas terhadap Pengurusan BAM
ekoran ketiadaan skuad yang mantap untuk menghadapi Piala Thomas.
Razif juga mengambil inisiatif
sendiri dengan menawarkan ilmu kejurulatihan kepada gandingan bergu yang
bernaung di bawah KLRC iaitu Fairuzizuan Tazari-Zakry Latif dan Gan Teik
Chai-Tan Bin Shen. Walaubagaimanapun, setakat ini masih belum Nampak adanya
peningkatan ditunjukkan oleh bergu ini. Kemungkinan juga berpunca masalah BAM
yang tidak mahu nampak beregu naungan mereka lebih lemah berbanding gandingan ini.
Jurulatih – Cheah Soon Kit
Soon Kit (kiri) ketika memenangi Pingat Perak di Olimpik 96 bersama Kim Hock.
Komen : Salah seorang pemain bergu
terbaik pernah dilahirkan negara, beliau pernah digelar ‘Pembunuh Bersiri’
ekoran smash kencangnya yang sukar ditangani bergu lawan. Seorang yang sangat
serius ketika bermain, Soon Kit pernah berganding dengan Soo Beng Kiang yang
memastikan mata kemenangan kepada Malaysia di Piala Thomas 1992 selepas menewaskan
beregu muda Indonesia Ricky-Rexy di perlawanan akhir. Selepas berselisih faham,
Soon Kit bergandingan dengan Kim Hock dan pencapaian terbaik yang kekal
sehingga hari ini ialah Pingat Perak Acara Beregu di Olimpik Atlanta 1996.
Pernah juga membimbing skuad
wanita Malaysia.
Komen : Aku berpendapat kelibat
Tan Kim Her masih boleh digunakan. Beliau pernah berkelana menjadi jurulatih
Korea. Boleh diberikan peluang.
Pang masih belum membuktikan kemampuannya sebagai coach yang berkaliber.
Mengenai Pang Cheh Chang, sama ada
beliau digugurkan, atau diletakkan membimbing skuad wanita. Aku tidak nampak
ada peningkatan langsung daripada bimbingannya. Malahan, bagaimana beliau mampu
membentuk pemain berkelas dunia sedangkan karier beliau juga tidak begitu baik.
Berkemungkinan boleh understudy coach
lain dahulu mendalami ilmu kejurulatihan sebelum boleh melatih. Membimbing
skuad wanita mungkin boleh mengurangkan tekanan kepada beliau yang dikritik
hebat menggantikan Rexy.
Aku harap barisan kepimpinan baru
(sekiranya terjadi) yang menerajui BAM dapat segera mengangkat potensi
pemain-pemain muda remaja dalam acara Single seperti Zulfadli Zulkifli, Misbun
Ramadan, Iskandar Zulkarnain dan beberapa kelompok pemain lain dengan segera.
Kuncinya ialah beri mereka latihan keras secukupnya, kerana
terbukti latihan keras Chong Wei menjadikan beliau sebegini hebat. Dan pada
masa yang sama dedahkan ke kejohanan besar.
Misbun Ramdan dan Zulfadli perlu segera tingkatkan kemampuan.
Begitu juga dengan pemain double,
pemain-pemain seperti V Shem-Kim Wah perlu segera diangkat untuk sehebat
Koo-Tan. Dalam masa 2 tahun ini, mereka perlu menjadi top 10. Ini adalah stretch target. Selain itu, aku
nampak hanya seorang pemain muda yang amat berpotensi iaitu Ow Yao Han.
Jurulatih perlu segera mencari gandingan terbaik untuknya.
Ow Yao Han - Ada potensi
Kita lihat Li Yongbo ketua jurulatih China. Kita sering mengatakan beliau
sombong & bongkak apabila mengeluarkan kenyataan. Hakikatnya, itulah
realiti. Mengapa kita harus menidakkan beliau untuk berkata begitu? Seharusnya,
kita melihat kepada persiapan pasukan mereka. Mereka berusaha gigih untuk sampai ke tahap sekarang.
Anda lihat, perkembangan badminton
China sangat tersusun. Daripada skuad pelapis, suatu hari nanti mereka akan
menjadi World Champion. Dan ianya berterusan
untuk setiap era. Sekadar menyebut (setakat yang aku tahu) Yang Yang, Zhao
Jianhua, Dong Jiong, Sun Jun, Chen Hong, Xia Xuanze, Ji Xinpeng, Lin Dan dan
selepas dijangkakan Chen Long pula. Betul, kemungkinan pada masa itu Lin Dan
bersara, Chong Wei seperti Taufik Hidayat atau Peter Gade pada hari ini, tapi
Chen Long juga pasti bertambah kuat serta berpengalaman akan mendominasi arena
perseorangan.
Selepas Chong Wei, siapakah yang mampu menggugat Chen Long dalam masa 4 tahun akan datang?
Saya mencadangkan saudara dipanggil untuk menjadi tetamu dalam Kafe Sukan Astro Arena...
ReplyDeletesaudara sangat berbakat dalam mengulas isu2 terkini sukan tanah air da antarabangsa.. Saya sokong dengan cadangan saudara Ameen..
ReplyDeleteSaya pun sokong
ReplyDeleteSisi sukan post blog ni 6pagi? Tak sempat hadam sahur tuan dah post blog ker....? Tuan memang layak duduk di Kafe Kopitiam Sukan Arena untuk menghadam apa yang telah disantap.. Majulah sisi sukan untuk negara..
ReplyDeleteAnda sangat berbakat, saya merasakan anda layak berada dalam talent pool Majlis Sukan Badan Berkanun
ReplyDeleteCHANGE BAM, YES WE CAN !!!!
ReplyDeleteA good article. Bravo..
ReplyDeleteHalo,
ReplyDeleteSaya Puan Elina Johnson, ELINA JOHNSON LOAN FIRM, di sini datang pinjaman asli yang akan mengubah hidup anda menjadi yang lebih baik, sebuah syarikat pinjaman pinjaman, Diberikan dan Berlesen untuk menawarkan pinjaman kepada individu, syarikat swasta dan orang yang memerlukan bantuan kewangan dalam tahap keuntungan yang rendah sebanyak 2%.
Saya Puan Elina Johnson, akan memberikan yang terbaik kepada penghormatan kami kepada semua pemohon yang sah. Anda tidak akan kecewa dengan saya dalam urusan perniagaan ini kerana syarikat itu akan memastikan pinjaman anda sampai kepada anda, ia tidak juga berakhir di sana, kami mempunyai pasukan expatrate yang memahami undang-undang melabur, mereka akan membantu anda, memberi anda petua yang akan menguruskan pelaburan anda yang anda melabur pinjaman anda, jadi anda tidak akan bangkrut lagi dalam hidup anda dan tawaran hebat ini datang dengan pinjaman anda, Hubungi kami hari ini melalui e-mel elinajohnson22@gmail.com
Perkhidmatan kami termasuk yang berikut:
* Pinjaman peribadi
* Pinjaman Bercagar
* Pinjaman tidak berpagar
* Hasil pinjaman
* Latihan Pinjaman
* Pinjaman ikrar pinjaman
* Bayaran pinjaman
* Pinjaman pelajar
* Pinjaman Komersial
* Pinjaman Auto
* Resolusi Pinjaman
* Pinjaman Pembangunan
* Pinjaman pinjaman Jabatan
* Pinjaman Perniagaan
* Pinjaman pendidikan
* Pelantikan patah
Sila isi borang permohonan pinjaman di bawah dan kembalikan kepada kami untuk memberi kami lebih baik melalui e-mel:
elinajohnson22@gmail.com
DATA PEMOHON
1) Nama Penuh:
2) Negara:
3) Alamat:
4) Nyatakan:
5) Jantina:
6) Status Perkahwinan:
7) Pekerjaan:
8) Nombor Telefon:
9) Kedudukan semasa di tempat kerja:
10) Pendapatan bulanan:
11) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
12) Tempoh Pinjaman:
13) Tujuan Pinjaman:
14) Agama:
15) Pernahkah anda memohon sebelum:
16) Tarikh lahir:
terima kasih,
Puan Elina Johnson (elinajohnson22@gmail.com)