Search This Blog

Saturday, 2 February 2013

Kepulangan Nazmi Faiz : Kerugian buat Nazmi & Malaysia?


Baru-baru ini di media heboh diperkatakan pertelingkahan konflik antara Nazmi Faiz dengan seorang gadis dipercayai bekas kekasih Nazmi, Tengku Fiella di Twitter.

Twitter Nazmi Faiz
 

Lebih memeranjatkan apabila nama bek tengah kebangsaan, Aidil Zafuan turut dikaitkan.


Dan komen Nazmi turut dibalas oleh Tengku Fiella :

 

Walaubagaimanapun, cerita ini segera terlerai selepas Nazmi membuat permohonan maaf kepada Aidil.


Belum pun reda isu tersebut, lebih memeranjatkan ialah kepulangan semula Nazmi Faiz ke Malaysia selepas dikatakan kelab Beira Mar (Divisyen 1 Portugal) melepaskan Nazmi untuk pulang selama 6 bulan bagi membantu skuad Malaysia.

Namun, menerusi saluran Nadi Arena di Astro telah mengesahkan bahawa Nazmi telah menandatangani kontrak 3 tahun bersama PKNS Supermokh FC.

  Nazmi menandatangani kontrak 3 tahun bersama PKNS.

Sungguh mengejutkan perihal seorang bintang muda ini. Penulis berasa adalah menjadi satu kerugian kepada bukan sahaja Nazmi, malah kepada Malaysia dalam mengembangkan potensi nama pemain Malaysia di kelab elit Eropah. Tidak mustahil dengan apa yang terjadi kepada Nazmi menjadi rujukan kepada ejen pencari pemain kelab Eropah lain untuk berkira-kira mengambil pemain Malaysia atas alasan sukar menyesuaikan diri. Tentu ini tidak bagus untuk pemain muda Malaysia yang akan naik selepas ini.

Nazmi adalah pemain pertama dan termuda dari Malaysia dilamar sendiri oleh kelab elit Portugal menerusi ejen pencarian bakat dari kelab tersebut. Hal ini menunjukkan sememangnya bakat Nazmi diakui oleh Pengurusan pasukan tersebut.

Penulis berasakan masalah Nazmi ialah sama seperti masalah pemain Malaysia yang lain sebelum ini iaitu gagal menyesuaikan diri di sana. Sememangnya diakui amat sukar apabila dalam usia yang muda berkelana di tempat orang, harus berdikari, meyesuaikan diri dengan cara hidup dan budaya di sana serta berjauhan dari keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Keluarga, agama, makanan, budaya, rakan, komunikasi adalah masalah utama apabila berada di negara asing.

Nazmi Faiz ketika bersama skuad Beira Mar
 
Namun, itulah cabarannya. Jika kita hendak berjaya, kita harus berkorban dengan mengetepikan rasa rindu, dan bersungguh-sungguh fokus untuk berjaya. Nazmi perlu ingat bahawa beliau tidak mengambil SPM, satu-satunya harapan kerjaya beliau ialah BOLASEPAK.

Satu-satunya pemain yang penulis rasa contoh terbaik untuk kita lihat ialah Ali Al Habsi yang merupakan Penjaga Gol Utama Wigan Athletic di Liga Perdana Inggeris. Beliau seorang Muslim dari negara Oman. Jika dilihat penglibatannya, beliau merupakan pemain pertama Oman bermain di Eropah iaitu kelab Lynn Oslo di Norway dalam usia muda. Sedikit demi sedikit beliau meningkat naik dan diberi peluang untuk membarisi kelab itu. Prestasi cemerlang Al Habsi kemudian melayakkan beliau dipilih Penjaga Gol Terbaik Liga Norway 2004.
Ali Al Habsi lebih banyak di bangku simpanan semasa di Bolton

Prestasi beliau itu segera menarik minat kelab Bolton Wanderers yang terus mendapatkan beliau. Namun, beliau terpaksa bersaing hebat dengan Penjaga Gol Utama Bolton iaitu Jussi Jaaskelainen yang menyaksikan beliau lebih banyak memanaskan bangku simpanan. Akhirnya, Al Habsi telah dipinjamkan ke Wigan.

 Di Wigan, Al Habsi mengenepikan saingan Kirkland dan Pollitt

Di Wigan juga, beliau terpaksa bersaing dengan bekas Penjaga Gol England, Chris Kirkland dan Penjaga gol berpengalaman kelab itu Mike Pollitt. Namun Al Habsi tetap berlatih dengan gigih ketika latihan dan sabar menunggu peluang untuk membuktikan kemampuan sekiranya dipilih. Kecederaan Kirkland memberi ruang buat Al Habsi menunjukkan kebolehannya sehinggalah pada hari ini dia ditandatangani oleh Roberto Martinez (Pengurus Wigan) menjadi Penjaga Gol Utama kelab itu. Beliau juga kekal menjadi GK No.1 Oman.

Selain bolasepak, Al Habsi juga dikenali sebagai seorang co-founder Safety First di Oman, yang merupakan Non-profit organization berkaitan mengurangkan kemalangan di jalanraya.

 
Lihat, inilah yang kita mahukan. Tidak hanya sebagai pemain bolasepak, sebaliknya menunjukkan personaliti yang baik. Semoga apa yang terjadi ini jadi pengajaran buat Nazmi dan pemain muda lain untuk terus berjuang di luar negara. Ketepikan rasa homesick sebaliknya cubalah memandang jauh ke hadapan. Hendak seribu daya, mahu seribu cara.
 





 

 

Friday, 1 February 2013

Isu Piya Tidak Dipilih : Rajagopal tidak mampu beri alasan logik!

Badhri Radzi a.k.a Piya
 
Apa perasaan anda jika anda merupakan seorang pemain bolasepak, punya pengalaman yang luas, menjadi kapten pasukan yang mana pasukan itu pula menjulang kejuaraan treble pada tahun tersebut di Liga negara itu. Anda juga adalah berasal dari negara itu bermaksud anda entitled untuk mewakili Negara tetapi kelibat anda hanya dinafikan oleh seorang jurulatih negara tersebut atas alasan tidak sesuai dengan corak permainan pasukan Negara?


I'm the boss who knows everything about Malaysian football team.

Tatkala para peminat bolasepak tempatan, bekas pemain Kebangsaan, jurulatih pasukan Liga Super tidak ketinggalan pernah disenaraikan oleh Goal.com sebagai 11 pemain terbaik  Asia bulan Oktober 2012, Badhri Radzi masih belum mendapat panggilan menyarung jersi Malaysia di AFF Suzuki 2012.

Piya mendapat perhatian media Asia sebaris pemain terkemuka Asia seperti Nagatomo, E.Kawashima, Son Heung Min, Javad Nekounam, Teerasil Dangda dll.

Komen Laman Goal.com

Terbaru, bagi kelayakan Piala Asia 2015, skuad Malaysia dilihat begitu tempang dengan ketiadaan hampir 7 pemain utama pilihan Rajagobal. Rata-rata menganggap inilah peluang keemasan bagi Piya untuk membuktikan kemampuan beliau. Namun, harapan tinggal harapan semata-mata apabila Rajagobal terus menutup peluangnya dengan menyenaraikan pemain lain. 

Berita Harian - Ruangan Sukan

Jika sebelum ini, Piya sering dilihat cuba menyembunyikan rasa kecewanya dengan menyatakan tetap respek pada jurulatih negara, kali ini nyata rasa itu tidak lagi dapat dibendung. Kemuncak luahannya tersebar setelah Rajagobal menjawab kepada wartawan soalan mengapa tidak memilih Piya hanya boleh dijawab oleh Piya sendiri dan bekas jurulatih Kelantan yang terdahulu Peter Butler dan Dato M.Karathu?

Sungguh pelik jawapan Rajagobal ini. Namun, ternyata di kalangan penggiat wartawan/media kini seakan-akan sudah muak dengan sikap Rajagopal dengan mendapatkan ulasan/komen mengenai Piya.

Piya membalas respons K.Rajagopal

Pemilik blog Suara Sukan Anda, Aiman Podolski tampil mendapatkan komen Karathu :

Komen Dato M.Karathu
 
Tidak ketinggalan, Page Sukan Star (Laman Berita Yang Diulas Dengan Kaki) mendapatkan komen Peter Butler pula.

 Komen Peter Butler

Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee dalam komennya pula menambah klik sini

Apa yang lebih membimbangkan, skuad Malaysia tidak mempunyai sebarang pengganti yang well recognised di bahagian Advanced Midfielder yang perlu bertindak sebagai Playmaker pasukan.

Penulis berasa cukup kecewa apabila harapan untuk melihat seorang lagi pemain yang pada pemerhatian Penulis mampu untuk fill the gap itu iaitu Nazmi Faiz turut tidak dipanggil menguatkan pasukan Malaysia.

 

Nyata, Rajagobal langsung tidak belajar melalui kekalahan yang telah dilalui oleh Malaysia di AFF Suzuki 2012 serta perlawanan persahabatan sebelumnya. Skuad Malaysia sebenarnya tidak mempunyai pemain yang mampu mencorakkan bahagian midfield untuk berfungsi dalam attacking. Corak yang diterapkan Rajagopal hanyalah menerusi bahagian sayap kanan dan kiri. Fungsi bahagian tengah adalah hanya untuk bertahan semata-mata di samping membuat hantaran jauh untuk dikejar pemain sayap dan penyerang.

Lihat sahaja perlawanan menentang Thailand pada separuh akhir Ke-2, betapa Thailand mendominasi sepenuhnya bahagian tengah dan membuat gerakan merbahaya untuk mendapatkan gol. Sikap paling buruk Rajagopal ialah terus memberi kepercayaan pada pemain yang sangat underperformed untuk terus beraksi dan menukar posisi kebiasaan pemain tertentu dan ianya meruntuhkan moral pasukan.

Lihat pada pemain tengah yang dibawa Rajagobal ke Dubai, Penulis tidak mahu memperkecilkan pemain yang dipilih namun secara realistik kita sudah boleh menduga aksi yang sama akan dipersembahkan oleh pasukan Malaysia sepertimana sebelum ini.

 Shukor Jusoh dan Affize Faisal

Shukor Jusoh dan Affize Faizal Mamat adalah pemain yang kerap membarisi Pasukan Harimau Muda A. Namun, kedua-dua pemain ini masih jauh kemampuan mereka berbanding Badhri Radzi yang lebih jauh berpengalaman. Rajagobal sebenarnya tidak perlu bimbang kerana kombinasi Badhri Radzi dan Shakir Shaari nyata telah lama terbukti sejak 3 tahun terakhir sehingga kini.

Gandingan Shakir (Defensive) dan Piya (Attacking) nadi kejayaan Kelantan.

Walaubagaimanapun, siapalah kita selaku peminat untuk menukar dan mengarah itu dan ini kepada Rajagobal. Jurulatih telah diabyar gaji untuk memilih pemain terbaik Malaysia dan memastikan kejayaan pasukan negara. Sekiranya ada sengketa sekalipun di antara pemain dan jurulatih, masing-masing perlu profesional demi membawa kejayaan pasukan.
 
 Video Kapten Fantastik - Piya16