Kepulangan pemain import ke kancah liga bola sepak tempatan menimbulkan rasa yang bercampur baur dari kalangan peminat sukan di tanah air. Ada yang mengatakan kehadiran pemain import dapat meningkatkan kualiti di Liga Malaysia, namun ada juga yang tidak bersetuju sambil menyatakan kehadiran mereka (awang import) ini akan membantutkan perkembangan pasukan kebangsaan.
Walaubagaimanapun pendapat kita, hakikatnya hampir keseluruhan Liga di dunia membuka peluang kepada pemain negara luar untuk memeriahkan lagi Liga di negara mereka. Hakikatnya, "FOOTBALL IS BUSINESS". Jika kita faham perkara ini, tentunya kita dapat mengagak mengapa England tetap tidak mengubah apa-apa peraturan dalam Liga mereka. Umum mengetahui Liga England adalah liga paling bertaraf tinggi tetapi pencapaian pasukan England tidaklah semegah liga mereka.
Barclays Premier League menjadi liga paling diminati pemain & peminat bolasepak dunia.
Justeru, dari suatu sudut sementara FAM telah kembali untuk membenarkan import digunapakai. Kita harapkan juga perkembangan skuad bolasepak kebangsaan tidak terencat. Jika dilihat kepada formula setiap pasukan kini, dapat dilihat pemain import pada kebiasaannya akan mengisi posisi paling penting iaitu 'Striker' dan 'Midfield Playmaker'.
Trend sebeginilah yang dijangka menggugat Skuad Malaysia. Baik Dato' K.Rajagobal dan Ong Kim Swee mereka amat memerlukan Striker dan Midfielder yang dapat merencana pasukan negara. Pada masa kini, Striker yang benar-benar dianggap berbisa adalah Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha.
Safee dan Norshahrul dianggap Striker berbisa Malaysia pada masa kini
Jika diimbas kembali pada tahun 2008 iaitu kali terakhir FAM membenarkan pemain import beraksi, Marlon Alex James (Kedah) mendahului senarai dengan 23 gol, Carlos Caceres (Perak, 17), Frank Seator (Selangor, 15) dan Walter Ariel Silva (Johor FC, 14).
Marlon Alex - dulu Kedah, kini bersama ATM
Menduduki senarai di tempat kelima ialah penyerang Perak, Mohd Khalid Jamlus yang menyumbat 13 gol untuk berkongsi tempat dengan penyerang import Perlis, Phillimon Chipeta.
Perkara sama juga berlaku sebelum ini iaitu pada musim 2006/2007 yang dikuasai oleh Keita Mandjou (Perak, 21), 2005/2006 - Keita Mandjou (Perak, 17) dan 2005-Julio Cesar Rodrigues (Sabah, 18) dan Zacharia Simukonda (Perlis, 18).
Bagaimanapun, musim 2004 menyaksikan Indra Putra Mahayuddin yang ketika itu mewakili Pahang menjadi pemenang kasut emas dengan 15 jaringan.
Bagaimanapun, musim 2004 menyaksikan Indra Putra Mahayuddin yang ketika itu mewakili Pahang menjadi pemenang kasut emas dengan 15 jaringan.
Indra Putra - kembali ke pangkuan Kelantan untuk tahun 2012.
SENARAI PEMENANG KASUT EMAS LIGA MALAYSIA (2000 - 2011)
Musim | Pemain | Pasukan | Gol |
---|---|---|---|
2011 | Abdul Hadi Yahaya | Terengganu | 20 |
2010 | Mohd Ashaari Shamsuddin | Terengganu | 18 |
2009 | Mohd Nizaruddin Yusof | Perlis | 18 |
2007-08 | Marlon Alex James | Kedah | 23 |
2006-07 | Keita Mandjou Mohd Shahrazen Said | Perak DPMM Brunei | 21 |
2005-06 | Keita Mandjou | Perak | 17 |
2005 | Julio Cesar Rodriguez Zacharia Simukonda | Sabah Perlis | 18 |
2004 | Indra Putra Mahayuddin | Pahang | 15 |
2003 | Phillimon Chepita | Perlis | 23 |
2002 | Muhamad Khalid Jamlus | Perak | 17 |
2001 | Norizam Ali Hassan | Perak | 13 |
2000 | Azizul Kamaluddin | Pahang | 12 |
Merujuk kepada saingan Liga Super dan Liga Perdana 2012, pemain import paling menyerlah tentunya Emmanuel Effa Owona (Negeri Sembilan) yang telah menyumbat 4 gol (masing-masing 2 gol ketika menentang Kelantan dan Selangor).
Effa Owona - Pamer 'taring' sebenar di Liga Super.
Manakala bagi posisi di Midfield Playmaker, ternyata Malaysia masih jauh untuk menjumpai pemain yang benar-benar dapat menjadi nadi pasukan. Jika kriteria muda dan boleh digilap diambilkira, maka pemain sensasi yang menjadi sebutan tentunya terarah kepada Nazmi Faiz Mansor. Para peminat turut membandingkan beliau dengan Xavi Hernandez (Playmaker Sepanyol dan Barcelona) versi Malaysia.
Nazmi Faiz - Young & talented Midfielder
Namun, masih banyak yang perlu dipelajari Nazmi dari aspek untuk Malaysia benar-benar boleh bergantung harap kepada beliau suatu hari kelak. Diharapkan juga Malaysia dapat melahirkan lebih ramai pemain berbakat. Sememangnya usaha menyeluruh dari sekolah, akademi, universiti dan persatuan negeri amatlah ditagih jika kita benar-benar serius mahu memajukan bolasepak di negara kita.
Playmaker seperti Xavi Hernandez adalah kunci utama kejayaan sesebuah pasukan.