Search This Blog

Saturday 14 January 2012

Impak Kehadiran Pemain Import Liga Malaysia 2012

Kepulangan pemain import ke kancah liga bola sepak tempatan menimbulkan rasa yang bercampur baur dari kalangan peminat sukan di tanah air. Ada yang mengatakan kehadiran pemain import dapat meningkatkan kualiti di Liga Malaysia, namun ada juga yang tidak bersetuju sambil menyatakan kehadiran mereka (awang import) ini akan membantutkan perkembangan pasukan kebangsaan.

Walaubagaimanapun pendapat kita, hakikatnya hampir keseluruhan Liga di dunia membuka peluang kepada pemain negara luar untuk memeriahkan lagi Liga di negara mereka. Hakikatnya, "FOOTBALL IS BUSINESS". Jika kita faham perkara ini, tentunya kita dapat mengagak mengapa England tetap tidak mengubah apa-apa peraturan dalam Liga mereka. Umum mengetahui Liga England adalah liga paling bertaraf tinggi tetapi pencapaian pasukan England tidaklah semegah liga mereka.

 Barclays Premier League menjadi liga paling diminati pemain & peminat bolasepak dunia.

Justeru, dari suatu sudut sementara FAM telah kembali untuk membenarkan import digunapakai. Kita harapkan juga perkembangan skuad bolasepak kebangsaan tidak terencat. Jika dilihat kepada formula setiap pasukan kini, dapat dilihat pemain import pada kebiasaannya akan mengisi posisi paling penting iaitu 'Striker' dan 'Midfield Playmaker'.

Trend sebeginilah yang dijangka menggugat Skuad Malaysia. Baik Dato' K.Rajagobal dan Ong Kim Swee mereka amat memerlukan Striker dan Midfielder yang dapat merencana pasukan negara. Pada masa kini, Striker yang benar-benar dianggap berbisa adalah Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha.
 
 Safee dan Norshahrul dianggap Striker berbisa Malaysia pada masa kini
 
Jika diimbas kembali pada tahun 2008 iaitu kali terakhir FAM membenarkan pemain import beraksi, Marlon Alex James (Kedah) mendahului senarai dengan 23 gol, Carlos Caceres (Perak, 17), Frank Seator (Selangor, 15) dan Walter Ariel Silva (Johor FC, 14).

 Marlon Alex  - dulu Kedah, kini bersama ATM

Menduduki senarai di tempat kelima ialah penyerang Perak, Mohd Khalid Jamlus yang menyumbat 13 gol untuk berkongsi tempat dengan penyerang import Perlis, Phillimon Chipeta.

Perkara sama juga berlaku sebelum ini iaitu pada musim 2006/2007 yang dikuasai oleh Keita Mandjou (Perak, 21), 2005/2006 - Keita Mandjou (Perak, 17) dan 2005-Julio Cesar Rodrigues (Sabah, 18) dan Zacharia Simukonda (Perlis, 18).

Bagaimanapun, musim 2004 menyaksikan Indra Putra Mahayuddin yang ketika itu mewakili Pahang menjadi pemenang kasut emas dengan 15 jaringan.

 Indra Putra - kembali ke pangkuan Kelantan untuk tahun 2012.

SENARAI PEMENANG KASUT EMAS LIGA MALAYSIA (2000 - 2011)

Musim Pemain Pasukan Gol
2011 Bendera Malaysia Abdul Hadi Yahaya Bendera Terengganu Terengganu 20
2010 Bendera Malaysia Mohd Ashaari Shamsuddin Bendera Terengganu Terengganu 18
2009 Bendera Malaysia Mohd Nizaruddin Yusof Bendera Perlis Perlis 18
2007-08 Flag of Saint Vincent and the Grenadines.svg Marlon Alex James Bendera Kedah Kedah 23
2006-07 Bendera Guinea Keita Mandjou
Bendera Brunei Mohd Shahrazen Said
Bendera Negeri Perak Perak
Bendera Brunei DPMM Brunei
21
2005-06 Bendera Guinea Keita Mandjou Bendera Negeri Perak Perak 17
2005 Bendera Brazil Julio Cesar Rodriguez
Bendera Zambia Zacharia Simukonda
Bendera Sabah Sabah
Bendera Perlis Perlis
18
2004 Bendera Malaysia Indra Putra Mahayuddin Bendera Pahang Pahang 15
2003 Bendera Zambia Phillimon Chepita Bendera Perlis Perlis 23
2002 Bendera Malaysia Muhamad Khalid Jamlus Bendera Negeri Perak Perak 17
2001 Bendera Malaysia Norizam Ali Hassan Bendera Negeri Perak Perak 13
2000 Bendera Malaysia Azizul Kamaluddin Bendera Pahang Pahang 12


Merujuk kepada saingan Liga Super dan Liga Perdana 2012, pemain import paling menyerlah tentunya Emmanuel Effa Owona (Negeri Sembilan) yang telah menyumbat 4 gol (masing-masing 2 gol ketika menentang Kelantan dan Selangor).

 Effa Owona - Pamer 'taring' sebenar di Liga Super.

Manakala bagi posisi di Midfield Playmaker, ternyata Malaysia masih jauh untuk menjumpai pemain yang benar-benar dapat menjadi nadi pasukan. Jika kriteria muda dan boleh digilap diambilkira, maka pemain sensasi yang menjadi sebutan tentunya terarah kepada Nazmi Faiz Mansor. Para peminat turut membandingkan beliau dengan Xavi Hernandez (Playmaker Sepanyol dan Barcelona) versi Malaysia.

Nazmi Faiz - Young & talented Midfielder
 
Namun, masih banyak yang perlu dipelajari Nazmi dari aspek untuk Malaysia benar-benar boleh bergantung harap kepada beliau suatu hari kelak. Diharapkan juga Malaysia dapat melahirkan lebih ramai pemain berbakat. Sememangnya usaha menyeluruh dari sekolah, akademi, universiti dan persatuan negeri amatlah ditagih jika kita benar-benar serius mahu memajukan bolasepak di negara kita.

Playmaker seperti Xavi Hernandez adalah kunci utama kejayaan sesebuah pasukan.