Search This Blog

Tuesday 2 August 2011

Rajagobal Senarai Semula Farizal, Zamani dan Josep Kalang

Nama Farizal Marlias, Norhafiz Zamani Misbah dan Khyril Muhymeen Zambri adalah antara yang kembali tersenarai untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan kendalian Datuk K.Rajagobal, menjelang beberapa aksi persahabatan antarabangsa sepanjang bulan Ogos ini - termasuk menentang Oman.

 Farizal Marlias kembali ke pangkuan skuad kebangsaan

Tonggak tengah Terengganu, Joseph Kalang Tie pula muncul satu-satunya wajah baru dipanggil untuk melengkapkan senarai 25 pemain, tatkala Norshahrul Idlan Talaha dan Aidil Zafuan Razak digugurkan, berkemungkinan atas alasan kecederaan yang belum pulih.
 
 Josep Kalang Tie - Muka baru yang dipilih
 
 Norshahrul Idlan - Masih belum pulih dari kecederaan

Pertahanan Kelantan, S.Subramaniam, dan pemain sayap lincah, Nurul Azwan Roya pula masih gagal meyakinkan Rajagobal untuk dipanggil ke kem negara.
 
 Nurul Azwan Roya - Belum cukup meyakinkan buat Rajagobal

Kesemua pemain Harimau Muda A – Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Izzaq Faris Ramlan, dan K.Gurusamy, termasuk penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pula tiada dalam senarai bagi membolehkan mereka menyertai skuad Olimpik yang kini ‘bertapa’ di Slovakia sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Olimpik yang dijadual bermula 21 September depan.

Justeru kehadiran semula wajah-wajah yang sebenarnya bukanlah asing dalam kem negara ini dilihat dapat menutup ketiadaan mereka setidak-tidaknya buat sementara waktu.
 
 Khyril Muhymeen dan Norhafiz Zamani - Kembali dipanggil
 

Berikut senarai lengkap pemain yang dikehendaki melaporkan diri kepada Rajagobal pada Rabu, 3 Ogos, jam 4 Petang.

Amar Rohidan, Azmi Muslim, Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen
Kedah
Amirulhadi Zainal, Asrarudin Putra Omar, Safiq Rahim
Selangor
Norhafiz Zamani Misbah, Farizal Marlias, S.Kunanlan
Negeri Sembilan
Ashaari Shamsudin, Helmi Remeli, Abdul Hadi Yahya, Sharbini Allawee, Ismail Faruqi Ashaari, Joseph Kalang Tie
Terengganu
Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, S.Chanturu, Shakir Shaari
Kelantan
Shahrom Abdul Kalam, Norazlan Razali
Kuala Lumpur
Shahrizal Mohd Saad
Johor FC
Faizal Muhammad
Harimau Muda A
Safee Sali
Pelita Jaya


Sumber : Blog Suara Sukan Anda

Penulis berpendapat dengan barisan nama-nama seperti Josep Kallang Tie, Farizal Marlias dan Norhafiz Zamani sebenarnya membuktikan K.Rajagobal mula menyedari sumbangan pemain ini semasa perlawanan menentang Chelsea. Cuma, Penulis sedikit terkilan kerana S.Subramaniam dan Nurul Azwan tidak terpilih yang Penulis rasa patut diberi peluang untuk membarisi skuad negara.

Apapun, Penulis masih mahu melihat apakah perancangan sebenar Rajagobal. Adakah beliau sekadar memanggil nama-nama yang menjadi 'Fan Favourite' sekadar untuk meredakan kemarahan Peminat yang mahukan beliau berundur selepas kegagalan skuad negara melayakkan diri ke Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia? Atau kemungkinan juga Rajagobal telah benar-benar sedar dan ingin membuat perubahan ketara memperbaiki skuad negara.

Monday 1 August 2011

Persiapan Pasukan Menjelang Piala Malaysia 2011

 Piala Malaysia - Kejohanan bolasepak paling berprestij di Malaysia

Biarpun musim Ramadhan menjelang tiba, persiapan latihan pasukan yang melayakkan diri ke Piala Malaysia 2011 tetap diteruskan. Ini membuktikan betapa serius pasukan yang bertanding untuk menjulang piala kejuaraan paling berprestij di Malaysia.

Persiapan 16 pasukan antaranya termasuklah membawa beberapa pemain pasukan yang tidak layak ke Piala Malaysia secara pinjaman. Langkah ini dilihat sebagai melengkapkan kekuatan pasukan di setiap posisi untuk bersaing apabila saingan dimulakan pada 6 September hingga 29 Oktober kelak.

Selangor menjadi pasukan terpantas menyambar pemain apabila 3 pemain Harimau Muda disenaraikan.

1. Nazri Ahmad (Pertahanan, HM A)
2. Haziq Zikri (Penyerang, HM A)
3. D.Saarvindran (Penyerang, HM B)

 Haziq Zikri pernah menimba pengalaman menjalani pemilihan di kelab England.

 D.Saarvindran - Stiker berbakat Harimau Muda B


Manakala Kelantan turut memperkemaskan pasukan dengan mengambil pemain skuad Piala Presiden yang menjadi juara tempoh hari.

1. Khairul Izuan Rosli (Tengah)
2. Muhamad Farhan Yaacob (Penyerang / Sayap)

3. Mohd Aris Zaidi (Penyerang)

4. Norsyahrul Hawari (Tengah / Sayap)

5. Nik Shahrul Azim (Perahanan)

6. Md Syazwan (Penjaga Gol)


Kejayaan Skuad Piala Presiden Kelantan memberi ruang kepada pemain muda membuktikan kemampuan mereka. Kapten Piala Presiden Kelantan (Nik Shahrul) dan Farhan Yaacob (gambar kecil)

Pemain lain yang menjadi sasaran pasukan Piala Super adalah seperti :

1. Azamuddin Akil (Pahang) - Kelantan, Terengganu
    Azamuddin - Diintai oleh Kelantan dan Terengganu

2. Famirul Asyraf Sayuti (Pahang) - Kelantan

3. Azmizi Azmi (Perlis) - Kedah
    Azmizi (kiri) - Hampir pasti memilih Kedah

4. Mohd Faiz Subri (Perlis) - Kedah, Perak
    Faiz Subri - Skilnya menarik perhatian pasukan Perak dan Kedah.

5. Mohd Fitri Omar (MP Muar) - Kedah, Perak, T-Team
    Fitri (kiri) - Dalam pemerhatian Kedah, Perak dan T-Team

Undian bagi kumpulan untuk 16 pasukan akan dijalankan di Wisma FAM pada hari Rabu 3 Ogos 2011. Senarai pasukan yang layak ialah : 

   1.Kelantan
   2.Terengganu
   3.Selangor
   4.Kedah
   5. Perak
   6. Johor FC
   7. Negeri Sembilan
   8. T-Team FC
   9. Sabah
   10. Felda United FC
   11. Kuala Lumpur
   12. PKNS FC
   13. Sarawak
   14. PDRM
   15. Johor
   16. Sime Darby

 Mampukah Kelantan mempertahankah kejuaraan mereka di Piala Malaysia 2011?